Pengikut

..cuci mata..

(^_^) PROJEK AIR TERBAIK 2011 (^_^)

Rabu, 8 Jun 2011




 
  
APAKAH AIR ???

Air ialah cecair yang terbentuk daripada 2 bahagian hidragen dan satu bahagian oksigen . Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk iaitu :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Terdapat kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).

..air merupakan sumber semula jadi yang sangat tinggi nilainya..


SUMBER ATAU BEKALAN AIR
Secara ringkasnya , kita boleh memperoleh air melalu beberapa bekalan atau sumber seperti :
~ air hujan
~ air laut atau sungai
~ air dari perut bumi ( mata air )
~ air embun (pada waktu pagi)


 KEPENTINGAN AIR

Sejak bermulanya tamadun manusia, air memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sumber air yang pelbagai seperti daripada sungai dan laut telah membantu hidupan di bumi ini bagi meneruskan kehidupan .Bukan itu sahaja , malah hidupan lain di bumi ini selain manusia iaitu haiwan dan tumbuhan turut memerlukan air bagi meneruskan kehidupan. Antara kegunaan air ialah :-

kepentingan air bagi manusia :
~ untuk kegunaan domestik seperti memasak, minuman, membasuh atau mencuci sesuatu.
~ bagi umat Islam , air sangat penting untuk bersuci dan membersihkan diri.
~ air juga penting bagi kegunaan industri seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit .
~ bagi golongan pesawah, air sangat penting bagi mengairi kawasan sawah mereka . Golongan petani dan peladang juga turut memerlukan air bagi menyuburkan tanaman mereka .
~ air juga digunakan sebagai salah satu alternatif sumber penjanaan tenaga. Di Malaysia , air sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik
~ air di laut yang bersih juga turut membantu dalam sektor perlancongan negara dengan kehadiran pelancong.
~ air di sungai yang bersaliran deras juga telah dijadikan kawasan rekreasi dengan sukan ekstrem separti berkayak.
~ air juga turut digunakan sebagai medium pengangkutan .

Kepentingan air kepada tumbuhan dan haiwan :
~ bagi haiwan , air juga digunakan sebagai minuman.
~ air juga merupakan habitat mutlak bagi sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan .
~ air juga sangat diperlukan tumbuhan untuk terus hidup dan subur.


air yang bersih membantu mengekalkan kesegaran tubuh kita.. :)




 KRISIS AIR DI MALAYSIA

Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinanTerdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.Penggunaan air bawah tanah boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian. Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air mengganggu kepelbagaian bio.Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad boleh menyebabkan perang.Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan. Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.
Jika kita seldiki dengan lebih mendalam , di Malaysia sendiri pernah mengalami krisis air . Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:
Krisis air di Lembah Kelang 1998
Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai juga telah menyebabkan bekalan air terganggu.
Walaupun krisis air sudah lama tidak melanda negara kita ini, namun haruslah kita sentiasa beringat agar memelihara dan memulihara air yang ada sekarang agar krisis air pada tahun 1990-an tidak berulang.

gambar di atas adalah gambaran situasi penduduk di Afrika. sadis sekali !mengalami gangguan bekalan air yang bersih sehinggakan air yang bersih perlu dicatu agar semua penduduk di kawasan itu dapat menggunakannya bersama.  ADAKAH KITA MAHU SITUASI SEBEGINI TERJADI DI NEGARA KITA EKORAN KRISIS AIR YANG TIDAK DAPT DITANGANI OLEH KITA SENDIRI ???

*renung-renungkanlah bersama sejenak .....



 PENCEMARAN AIR


Cuba bayangkan perasaan anda apabila melihat sampah terapung di sebatang sungai, tempat anda sering memancing ikan. Kadang kala, apabila sungai tercemar dengan bau busuk dan berlumpur berserta sampah-sarap , anda akan merasa jijik untuk lalu di kawasan tersebut. Apatah lagi untuk berenang mahupun minum air yang kotor itu. Air yang tercemar tidak selamat untuk diminum. Haiwan serta tumbuhan juga akan mati apabila menggunakan air yang tercemar itu. Begitu juga air yang kelihatan bersih dan tidak berbau, juga boleh tercemar. Ini mungkin disebabkan oleh kuman atau bakteria serta bahan kimia berbahaya yang tidak boleh dilihat atau dihidu. Hal ini lebih merunsingkan lagi bila kita sendiri melihat pencemaran air semakin menjadi-jadi . Apa puncanya? Kenapa terus berlarutan ?
Hal ini harus kita selidiki segera sebelum menjadi lebih parah.
Antara faktor pencemaran air ialah :-

~ larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

~buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

~ Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang terus sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. 
 
~ Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

~ Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Percampuran minyak dengan air laut akan mengakibatkan pencemaran.
Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

~ Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.




SAMPAH ! lihatlah dengan mata hati kita..... adakah tidak langsung rasa bertanggujawab sehingga sanggup mencemarkan sumber air kita sendiri ?


KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR.

~IMPLIKASI KESIHATAN
semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah.
Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air boleh menyebabkan kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.





~KESAN KEPADA HIDUPAN AKUATIK
Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Hasilnya, pencemaran air akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain. 
 

~KESAN KEPADA TANAH BASAH
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpai air tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal. 
 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

~mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan oleh kontraktor, pelombong dan pembalak .

~menguatkuasakan lagi peraturan atau undang-undang Akta Kualiti Air dan Alam Sekitar oleh pihak kerajaan.

~ melalui pendidikan secara formal atau tidak formal kepada masyarakat khususnya kanak-kanak . Pendidikan itu adalah berasaskan kecintaan terhadap air . Di sekolah juga , melalui penmbelajaran mata pelajaran Sivik juga dilihat langkah jangka masa panjang untuk mengatasi pencemaran air.

~ penyediaan pusat pelupusan sampah yang teratur juga dapat membantu mengatasi pencemaran air. Dengan ini, sampah -sarap tidak akan dibuang ke sungai kerana satu tempat yang khusus telah disediakan.

~ pelancaran kempen kesedaran dalam kalangan masyarakt akan kepentingan air dan kesan pencemaran air. Kempen ini haruslah dipergiatkan tidak kiralah oleh badan kerajaan atau badan bukan kerajaan.

~ perancangan urbanisasi atau pembangunan haruslah dilakukan agar kualiti air dari sumber air berdekatan tidak akan tercemar.

~Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

~Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.


jom kawan-kawan... sama -sama kita "HENTIKAN PENCEMARAN AIR !"




PENJIMATAN SUMBER AIR

seperti yang kita sedia maklum bahawa air merupakan satu sumber yang sangat berguna dalam hidup. Dalam penggunaan air, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dengan tidak membzirkan sumber yang ada agar generasi akan datang pun turut dapat merasai sumber ini.
Di sini, wawa nak kongsikan beberapa10 tips mudah untuk menjimatkan sumber air :
1.      Ketika membasuh kereta / motosikal atau sebarang peralatan untuk kegiatan di luar, gunakan air takungan / baldi untuk mengelakkan pembaziran air.
2.      Menutup air ketika menggosok gigi dan hanya menggunakan segelas air untuk berkumuh. Air yang dibiar mengalir di paip dan sinki boleh mengakibatkan pembaziran.
3.      Air lebihan hasil dari kegiatan membasuh pinggan boleh digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman hiasan. Ini bukan sahaja menjimatkan air malah mempunyai nutrien untuk tumbuh-tumbuhan.
4.      Ketika mandi, elakkan dari menggunakan power shower atau paip pancutan berkuasa tinggi. Jika boleh, gunakan alat takungan serta gayung untuk menjimatkan penggunaan air ketika mandi.
5.      Ketika memasak, gunakan air yang tidak berlebihan ketika merebus sayur-sayuran. Anda boleh menjimatkan air dan juga mengekalkan bekalan nutrien dalam sayur-sayuran.
6.      Membasuh buah-buahan dan sayur sayuran menggunakan mangkuk ataupun sinki takungan.
7.      Membaiki paip-paip dan periksa meter air untuk sebarang tanda-tanda kebocoran. Langkah ini boleh dibuat dengan menutup semua paip air dan mengambil bacaan meter. Tunggu beberapa minit dan ambil bacaan meter baru. Jika bacaan meter berbeza, mungkin ada paip yang bocor.
8.      Jika anda menggunakan mesin membasuh pinggan automatik, tunggu sehingga pinggan dan mangkuk yang perlu dibasuh memenuhi mesin anda. Satu basuhan penuh dapat menjimatkan air dari dua kali separuh basuhan.
9.      Membuat tangki tadahan hujan serbaguna untuk menyimpan air hujan. Air yang disimpan boleh digunakan untuk membasuh kereta, menyiram tanaman dan lain-lain.
10.  Elakkan menyiram taman dan pokok-pokok perhiasan pada waktu tengah hari. Air akan cepat tersejat ke udara daripada diserap tanaman.
.
  • moga kita bersama menjadi pengguna air yang bijak ~! Penggunaan air yang banyak menyebabkan bil air bulanan meningkat.
Jadi, di samping menjimatkan air, kita juga dapat menjimatkan wang :)







++_++ MAKALUMAT TAMBAHAN ++_++

alang-alang sudah bercerita panjang lebar mengenai air, saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat air di kawasan kumbahan. Pengurusan yang cekap akan air kumbahan di Malaysia membantu serba sedikit mengawal dan mengurangkan pencemaran air. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada INDAH WATER yang telah membantu kita menyelenggara sistem ini dengan baik. :)


rawatan kumbahan air....
 
Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.
Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami, membina dan menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaannya.

++_++ MAKLUMAT TAMBAHAN++_++


Strategi Bersepadu Atasi Pencemaran Air

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.

Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh.

Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan, manusia bagaimanapun nampaknya begitu mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan longkang, sungai, tasik dan laut.

Pengarah Urusan Segi Perkasa Sdn Bhd, Hisham Jabar, dalam kertas kerja bertajuk Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Pengurusan Industri Kumbahan Air Secara Efektif, berkata secara perlahan-lahan manusia sebenarnya mengancam planet sehingga ke tahap organisma mula mati pada kadar yang amat pantas.

Selain ancaman terhadap organisma yang mulai mati, air minuman yang paling penting untuk menjalani kehidupan sihat juga kadangkala dicemari dengan serius. Sehubungan itu, untuk mengatasi pencemaran air, kita harus memahami masalah dan sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian.

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama.

Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya racun serangga di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul. Pencemaran atmosfera juga berpunca daripada manusia seperti penggunaan kenderaan (asap ekzos, kilang dan juga proses membuat roti).

Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air.

Air kumbahan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis sama ada ia mengandungi bahan keluli, organik, bahan bukan organik, serangan bakteria dan pencemaran jenis lain. Sehubungan itu, dengan memahami bentuk sesetengah air lebihan, kita boleh merawat air lebihan berkenaan secara efektif untuk memastikan ia mencapai tahap kebersihan yang sesuai dengan taraf alam sekitar.

Bagaimanapun, ada teknologi untuk mengawasi pencemaran dari sumber terus walaupun faktor politik mungkin menyukarkan keadaan. Pencemaran dari sumber tidak terus bagaimanapun sukar dikawal. Pencemaran yang berpunca daripada sumber tidak terus adalah faktor majoriti atau utama kepada pencemaran yang berlaku di tasik dan sungai.

Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.

Bagaimanapun, ada beberapa laporan mengenai krisis pencemaran air, penyakit berbahaya dan beberapa isu lain yang penting untuk memastikan rawatan air lebihan itu menjadi lebih efektif.





akhirulkalam, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan air
  kita  agar  kita dan generasi akan datang juga turut dapat merasai sumber air ini yang tidak terhingga nilainya. 



jutaan terima kasih kepada semua yang memberi respon terhadap entri ini. tidak lupa terima kasih kepada Cik Mimi Hamyzah yang telah banyak membantu sehingga wujudnya blog ini...